Thursday, June 16, 2011
Kerja pun susah tak kerja pun susah juga..
Sunday, June 12, 2011
Malang tidak berbau
| sekadar gambar hiasan sahaja...bukan yang sebenar |
Sekarang ni basikal aku dah siap dibaikki.Alhamdulillah,segalanya pulih seperti sediakala.Yang bestnya,basikal aku nampak seperti baru...
Tuesday, March 29, 2011
Doa-doa Rasulullah s.a.w.
Ya Allah! Ampunilah kesalahan-kesalahanku dan kebodohanku dan keterlanjuran perbuatanku dan apa yang Engkau ketahui lebih daripada yang aku ketahui. Ya Allah, ampunilah segala kesalahanku baik yang disengaja mahupun secara olok-olok, semua itu memanglah ada padaku.
Ya Allah! ampunilah kesalahan-kesalahan yangb telah aku lakukan dan yang hendak aku lakukan kelak, dan apa yang aku perbuat dengan terang-terangan atau kurahsiakan dan segala yang Engkau lebih mengetahui daripadaku.
Sesungguhnya, Engkau yang mendahulukan dan Engkau pula yang mengakhirkan, sesungguhnya Engkau Maha berkuasa ke atas segala sesuatu.
Ya Allah! daku berlindung padaMU daripada susah dan duka, juga daku mohon perlindunganMU dari kelemahan dan kemalasan, dan dari sifat kedekut dan kelemahan badan serta usia lanjut(nyanyuk) dan juga seksa kubur.
Ya Allah! jadikanlah hatiku bertaqwa kepadaMU dan sucikanlah, sesungguhnya Engkau sebaik-baik yang menyucikan dan Engkaulah pelindung yang mengurusnya.
Ya Allah! daku berlindung padaMU dari ilmu yang tidak bermanfaat dan hati yang tiada khusuk dan dari hawa nafsu yang tiada pernah puas dan dari doa yang tiada dikabulkan.
Ya Allah! daku melindungkan diriku padaMU dari perangai-perangai buruk dan amal-amal serta hawa nafsu yang buruk'
Ya Allah! berilah daku ilham sebagai petunjuk bagiku dan lindungilah daku dari kejahatan diriku.
Ya Allah! cukuplah segala sesuatu yang halalkan daripada sesuatu yang Engkau haramkan, juga kayakanlah diriku dengan pemberian dan keutamaan daripadaMU terhadap selainMU'
Ya Allah! daku mohon padaMU agar daku mempunyai rasa cinta padaMU dan mencintai orang yang mencintai padaMU, dan mencintai amal perbuatan yang dapat menyampaikan cinta padaMU.
Ya Allah! jadikanlah rasa cinta padaMU lebih daku sukai daripada cintaku pada diriku dan keluargaku bahkan air sejuk yang nikmat.
Ya Allah! daku mohon padaMU akan petunjuk, rasa taqwa, ampunan serta rasa kaya diri.
Ya Allah! Engkaulah Zat Yang Maha Hidup lagi berdiri sendiri, dengan rahmatMU daku mohon pertolongan, perbaikilah segala persoalanku dan jangan hendaknya Engkau serahkan diriku dan segala sesuatu kepada diriku sendirinwalau sekelip mata sekalipun.
Ya Allah! daku mohon daripadaMU redha setelah takdirMU, dan daku mohon daripadaMU kesejukan hidup setelah kematian, dan daku mohon setelah kelazatan memandang wajahMU dan kerinduan untuk menjumpaiMU tanpa gangguan yang mengganggu dan tidak pula fitnah yang menyesatkan.
Ya Allah! daku berlindung kepadaMU daripada daku berbuat zalim atau dizalimi, atau daku mengganggu orang atau daku diganggu atau daku berbuat dosa yang tidak terampun.
Ya Allah! berilah daku petunjuk untuk melakukan amal yang baik dan perangai yang baik, sesungguhnya tiada yang dapat memberi petunjuk kepada perangai yang baik kecuali Engkau, dan lindungilah daku dari amal-amal yang buruk dan budi-pekerti yang jahat, sesungguhnya tiada yang dapat melindungi selain Engkau.
Thursday, March 24, 2011
Minggu yang Menyibukkan
Dah 2 minggu kereta dalam wokshop tunggu nak repair dan dah hampir dua minggu juga aku terpaksa berulang alik pandu Myvi dari Shah Alam ke Kota Damansara setiap hari untuk menghantar dan mengambil Malina pergi dan balik kerja.Penat memang penat.Begitu pantas hari berlalu aku rasakan.Banyak lagi hal yang aku nak cuba settle dalam bulan hadapan insyaAllah.
Aku dapat jahit tiga pasang baju kurung alhamdulillah,ada juga duit poket untuk aku belanja bulan ni.
Aku dapat jahit tiga pasang baju kurung alhamdulillah,ada juga duit poket untuk aku belanja bulan ni.
Sunday, March 13, 2011
Amalkan Ayat-Ayat Syifa
| Bagi Mengatasi Sakit Kepala , Insya'Allah Posted on Saturday, March 12 @ 09:00:00 PST Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
"
Untuk renungan dan amalan kita semua, InsyaAllah diberkati Allah, Amin...
To migraine sufferer...
Ayat-Ayat Allah
Based on true story from others...........
Alhamdullillah.... I'm an acute migraine sufferer to the extent of vomitting and becoming imbalance. Every time it happens, I have to take antacid & synflex. Antacid is to line the stomach before taking synflex which is a stronger pain killer than panadol. This is to let you know the strength of synflex that so much so I have to take antacid prior to swallowing synflex.. This worries me quite a bit as taking pain killers posed other health concerns later. I've tried many times to manage it without swallowing synflex but it got worst. Hence, I'm resigned to probably take synflex for the rest of my life at that time!
Then, one day one of you have so kind heartedly emailed me the ways and
hows to cure headache by one Singapore Ustazah (sorry can't remember the name of the sender as well as the Ustazah). The method includes reading this ayat. I've tried it and Alhamdullillah, being a bad migraine sufferer, I'm amazed at the miraculous cure! However, you have to do it repeatedly.
1. Read Al fateha (1 x )
2. Read Surah Al Ikhlas (3xs )
3. Read Surah Yassin ayat ke 58 'Salamun Qaulan Minrabbirrahim' (3xs )
4. Read Selawat (3xs )
What I did was, I blew it on my palms and put my palms on my head for a while. After that, I repeat the whole process again.. I hope by sharing this experience, we become more confident of ayat2 Allah.
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58...
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58
surahtersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak
7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan
Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku...
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai Islam...
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat...
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini...
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin ...
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin...
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah."
Tuesday, March 8, 2011
Hisablah diri kamu....
Suatu perkara yang wajar dilakukan oleh seorang yang mengaku dirinya sebagai hamba Allah swt, ialah sentiasa menilai dan memuhasabah diri sebagai charger kehidupan. Ini selaras dengan kata-kata Saidina Umar :
حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا وزنوا أعمالكم قبل أن توزنوا"
Hisablah (muhasabahlah) diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang"
حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا وزنوا أعمالكم قبل أن توزنوا"
Hisablah (muhasabahlah) diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang"
Monday, March 7, 2011
Takut tidur di atas tilam empuk..
Sudah hampir 6 tahun aku tidur di atas lantai .Tempat tidurku adalah adalah sekeping lemek nipis dan 2 biji bantal.Sudah berapa kali aku diajak tidur diatas katil dengan beralaskan tilam empuk dan selimut tebal.Namun aku menolaknya .Kenapa aku berbuat demikian.Aku ada alasan yang tersendiri.Alasan aku adalah kerna aku takut nanti aku terlalu sedap tidur hingga payah untuk aku bangun melakukan solat tahajjud dan solat subuh.Alangkah ruginya dan berdosa aku rasakan jika aku terlajak waktu kerna tidur dengan enak dibuai mimpi.Sehingga sekarang aku cuba elakkan diriku dari tidur di atas katil beralaskan tilam.Bukannya aku tidak suka tidur di atas katil tapi aku sendiri tak yakin dengan diriku sendiri.Lebih baik saja aku ambil langkah berjaga-jaga. Aku bersyukur kepada Allah swt kerna aku masih diberi kesempatan dapat bangun awal subuh dengan izinNya untuk menunaikan kewajipanku beribadat kepada Allah,Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung, yang memilikki langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya.Allahu Akbar!
Subscribe to:
Posts (Atom)