Friday, January 16, 2015

5 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi


Kita semua idamkan kulit yang putih gebu dan terdapat banyak cara untuk dapatkannya, samada secara semulajadi atau moden dengan penggunaan ubat. Tetapi kita harus faham bahawa kulit kita tidak semuanya sama disebabkan pelbagai faktor dan satu cara yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain.

Oleh itu, di bawah ini disenaraikan beberapa pilihan yang ada, supaya anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda jumpa yang terbaik untuk anda.

1. Minum air masak

Pertama sekali iaitu merupakan perkara asas yang sepatutnya diberi perhatian penting tetapi kita selalu ambil mudah adalah pengambilan air yang mencukupi. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi dengan baik. Badan kita perlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.
Perasan atau tidak, penjual water filter lebih arif tentang ini. Mereka sudah lama tahu, dengan minum air bersih, ia satu cara memutihkan kulit yang paling asas. Bila kandungan air cukup, kulit jadi cantik. Jangan malas-malas minum air lagi.

2. Guna air beras

Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita, tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Dengan hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari; anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu. Selepas ini, jangan buang terus air berasa. Gunakan ia sebagai salah satu cara memutihkan kulit.

3. Guna limau nipis

Petua ketiga adalah dengan menggunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau tersebut mengenai bahagian tubuh yang anda ingin putihkan dan biarkan selama 30 minit ke 1 jam. Ia boleh diamalkan setiap hari dan perubahan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.

4. Guna lidah buaya

Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’. Anda boleh cuba amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit. Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.

5. Guna biji tomato

Nombor lima di dalam senarai adalah dengan menggunakan biji tomato. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meratakan air suam ke bahagian kulit dan potong buah tomato tersebut kepada menjadi separuh atau 2 bahagian.

Ambil tomato yang telah dipotong tersebut dan cicahkan dengan gula kemudian gosokkan ke permukaan kulit anda dan biarkannya selama 5-10 minit. Sebiji tomato boleh digunakan sebanyak 2 kali, oleh itu lakukannya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Bukan sahaja mencerahkan kulit, akhbar Kosmo membawa laporan bahawa ada 11 lagi keajaiban tomato yang ramai orang tidak tahu.

Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara semulajadi adalah dengan mengelakkan diri dari terdedah dengan sinaran matahari. Mungkin tidak semua orang dapat melakukannya kerana ia bergantung kepada kerjaya seseorang individu tersebut.

Tetapi jika boleh, sila kurangkan dari berjemur di tengah panas di bawah sinaran matahari yang terik kerana sudah semestinya jika anda selalu terdedah; kulit anda akan bertukar kehitaman secara semulajadi kerana tindakbalas kulit anda dengan sinaran matahari tersebut.

Tidak perlu guna produk yang mahal, ubat-ubatan atau suntikan. Bahan semulajadi sudah cukup.

Selamat mencuba!

sumber

Saturday, January 10, 2015

Tahun Baru 2015..

Cepatnya masa berlalu meninggalkan banyak kenangan pahit manis kehidupan di dunia yang fana ini.  Semuga hari-hari yang bakal aku lalui sentiasa diberkati dan dirahmati Allah subhanauwataala.Ameen ya Rabbal alamin.

Kisah Tiga Budak Hitam




Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.
Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"


Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".
Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".
Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.
Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.
Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri. 

Saturday, December 13, 2014

Saranan beberapa perkara mudah di FB untuk menyelamatkan nyawa dan keluarga ...

AWAS!! Korang Wajib Baca Untuk Diri Sendiri Dan Juga Keluarga Tersayang...!!!








Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa,pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda....

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambar profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut ttu delete sahaja!

Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi....

http://www.kuatsembang.com/2014/12/awas-korang-wajib-baca-untuk-diri.html

Monday, November 24, 2014

Sunday, October 12, 2014

Soal Hati

Ada masanya hati ini ingin sangat nak sakitkan hati orang yang menyakiti hati ini, tetapi ada sesuatu kekuatan dalam diri ini yang mengatakan jangan ...Sabar...Sabar....Allah suka pada orang-orang yang sabar..Aku berserah pada Allah swt untuk memimbing aku ke jalan yang diredaiNya..Ya Allah.. ampunilah kedua ibu bapaku, ampunilah suamiku dan anak-anakku, ampunilah saudara-maraku . ampunilah sahabat-sahabatku, ampunilah aku...ameen ya rabbal alamin.

Cinta seorang suami yang soleh...

Kisah Cinta Seorang Suami Jaga Isteri Selama Lebih 30 Tahun


Sebuah kisah dari negara jiran,Indonesia untuk dijadikan renungan buat para suami dan bakal suami serta pasangan masing-masing. Semoga bermanfaat kisah ini dan semoga kita mengambil pengajaran darinya.

Nama penuh sang suami ini ialah Eko Pratomo Suyatno, tapi lebih sering disebut sebagai Suyatno sahaja. Kisah ini bukan kisah Eko Pratomo yang memiliki seorang isteri yang diserang penyakit lumpuh.

Pak Suyatno sudah berumur lebih 60 tahun. Dia merupakan pemilik sebuah perniagaan besar dan sukses di dalam bidang pelaburan mutual funds di Indonesia ini mempunyai kehidupan yang cukup baik dengan kehadiran 4 orang cahaya mata yang kini telah dewasa dan bahagia dengan isteri tercinta. Usia perkahwinan mereka sudah lebih dari 30 tahun dilayari bersama.

Kehidupan rumah tangganya yang bahagia itu mendapat dugaan yang berat setelah isterinya melahirkan anak ke-empat mereka. Isterinya tiba-tiba lumpuh dan keadaan itu berterusan hingga 2 tahun. Pada tahun berikutnya, keadaan isterinya semakin teruk apabila ia lumpuh pada seluruh anggota badannya. Kini, isterinya hanya mampu berkomunikasi melalui bahasa isyarat mata sahaja. 

Pak Suyatno tetap tabah dan sabar merawat dan menguruskan segala keperluan isterinya sebagai tanda cintanya kepada isterinya yang lumpuh itu. Walaupun dia sebenarnya mampu mengupah orang lain untuk melakukan semua itu, dia tetap kuat dan setia melayani isterinya. Para pembantu pula ditugaskan untuk menguruskan hal rumah tangga seperti mencuci, memasak dan hal-hal lain yang berkaitan dengan rumah tangga. Pak Suyatno turut berperanan menjadi ibu kepada anak-anak mereka sepertimana yang pernah dilakukan oleh isterinya ketika sihat. Contoh, menyiapkan sarapan dan baju seragam, serta menemani anak-anaknya bermain hampir dengan isterinya.

Setiap hari sebelum ke tempat kerja, Pak Suyatno selalnya akanu memastikan dirinya akan sempat memandikan, membersihkan kotoran, menggantikan pakaian dan menyuapkan isteri tercintanya. Malah, dia turut dekatkan televisyen pada isterinya agar dia tidak kesepian sewaktu Pak Suyatno bekerja.

Walaupun isterinya tidak dapat berbicara tapi Pak Suyatno sering melihat isterinya tersenyum.

Pada waktu tengah hari, Pak Suyatno pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan tengah hari. Pada waktu petang, dia memandikan dan menggantikan pakaian isterinya sejurus selepas dia pulang dari kerja. Pada waktu selepas maghrib pula, dia menemani isterinya menonton televisyen sambil menceritakan apa saja yang dia alami seharian.

Meskipun isterinya hanya mampu memandang tanpa memberi respon, Pak Suyatno dengan setia mengajak isterinya duduk di belakang dia ketika Pak Suyatno solat seperti sedang berjemaah. Dia juga sering mengajak isterinya mengaji atau mendengarkan Pak Suyatno mengaji dan juga mengajak isterinya berzikir dalam hati. Semuanya itu dijalani Pak Suyatno dengan ikhlas dan dia sudah cukup bahagia. Bahkan dia selalu menggoda isterinya setiap hari agar isterinya tersenyum.

Semua rutin yang diceritakan di atas ini telah dilakukan oleh Pak Suyatno selama 25 tahun dengan sabar sambil membesarkan keempat-empat buah hati (anak-anak) mereka. Pak Suyatno hanya mahu anak-anaknya berjaya meskipun dia menguruskan keluarganya sambil sibuk bekerja mengusahakan perniagaan yang sukses di dalam bidangnya di Indonesia. Kini, anak-anak sudah dewasa, ada yang sudah menjadi Sarjana dan waktu cerita ini disebarkan, anak bongsunya masih di universiti.

Pada suatu hari, semua anaknya berkumpul di rumahnya untuk menjenguk ibunya. Semua anak-anaknya telah tinggal dengan keluarga masing-masing selepas menikah.

Dengan cukup berhati-hati, anak sulungnya berkata:

“Ayah kami ingin sekali menjaga ibu, ayah tidak pernah sedikit pun mengeluh semenjak kami kecil melihat ibu menjaga ibu… Bahkan ayah tidak mengizinkan kami menjaga ibu.”

Dengan air mata berlinangan, anaknya meneruskan bicara:

”Sudah empat kali kami mengizinkan ayah untuk menikah lagi, kami rasa ibu pun akan turut mengizinkannya. Bilakah ayah mahu menikmati masa tua jika terus berkorban seperti ini? Terus terang kami sudah tidak sanggup melihat ayah begini, kami janji kami akan menjaga ibu sebaik-baiknya secara bergilir-gilir kalau ayah mahu menikah lagi.”

Pak Suyatno menjawab segala persoalan anaknya itu dengan jawapan yang tidak dapat diduga oleh anak-anaknya:

“Anak-anakku… Terima kasih atas cadangan kalian. Hanya prinsip Ayah saja yang tidak boleh dirunding lagi. Bagi Ayah, jikalau sebuah perkahwinan dan kehidupan ini hanya untuk memenuhi nafsu kita, terutama nafsu berahi mungkin Ayah akan menikah lagi sejak dari dulu. Tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian disamping Ayah itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”

Sejenak kerongkongnya tersekat…

“Anakku, kalian yang selalu ayah dan ibu rindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak satu pun dapat menggantikannya dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaanya seperti ini?. Kalian menginginkan Ayah bahagia, apakah batin Ayah boleh berasa bahagia dengan meninggalkan ibumu dalam keadaanya sekarang? Kalian menginginkan Ayah yang masih diberi Allah SWT kesihatan dijaga oleh orang lain? Bagaimana dengan ibumu yang masih sakit? Jujur saja nak, Ayah tidak sampai hati, meninggalkan ibumu…”

Kali ini ada titisan air mata di sudut mata Pak Suyatno. Seketika kemudian meledaklah tangisan anak-anak Pak Suyatno. Mereka turut dapat melihat juga butiran-butiran air mata jatuh di kelopak mata ibunya, yang dengan pilu ditatapnya mata sang suami yang sangat setia dan sangat dicintainya itu..

Pak Suyatno pernah diajukan pertanyaan ini: Bagaimana beliau mampu bertahan selama 25 tahun merawat isterinya yang sudah tidak bisa apa-apa itu?

Jawapan Pak Suyatno:

“Bagi saya, jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta dalam perkawinannya, tetapi tidak mahu berkorban dengan memberi ( memberi waktu, memberi tenaga, fikiran dan perhatian ), cintanya itu adalah hanya sia-sia belaka. Sejak dulu saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya, dengan tekad kita akan bersama dalam suka maupun duka, hingga Allah SWT memanggil kita. Saya tidak akan dapat melupakan jasa-jasa besar isteri saya sewaktu dia sihat, dia pun dengan sabar menjaga saya, mencintai saya dengan hati dan batinnya. Dia juga telah memberi saya 4 orang anak yang lucu-lucu, soleh dan pintar. Di mata saya, dia sihat dan masih cantik seperti 30 tahun yang lalu. Saya tidak pernah menganggapnya lumpuh. Saat saya menyuapinya, saya rasakan sama seperti saat saya menyuapinya kala kita berbulan madu. Saat saya menggendongnya untuk naik dan turun dari tempat tidur, saya merasakan seperti saat kita masih berbulan madu. Setiap kali saya melihat wajahnya, sama seperti kala saya melihatnya di kala kami bercinta atau seperti saat saya memandangnya waktu kami berbulan madu”


Pak Suyatno kemudian melanjutkan, “Sekarang dia dalam keadaan sakit setelah melahirkan anak kami. Dia telah berkorban untuk cinta kami bersama. Bagi saya kondisi itu merupakan ujian dari Allah bagi saya atas cinta kami berdua. Apakah saya dapat memegang komitmen untuk terus mencintainya apa adanya. Dalam kondisi ia sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya apalagi dia sedang dalam keadaan sakit. Tidak, tidak, bahkan berfikir untuk itupun saya tidak mau. Biarlah saya ikhlas menjalani takdir Allah ini, saya yakin “Gusti Allah ora sare”, Tuhan tidak pernah tidur. Sekecil apapun yang saya berikan kepada isteri saya dan anak-anak, saya niatkan hanya untuk ibadah saya kepada Allah SWT. Dan saya yakin Allah pasti akan memperhitungkan apapun yang kita perbuat, sekecil apapun. Saya berusaha mengikuti tauladan Rasulullah, cara mencintai dan melayani isterinya, bukan hanya dilayani. Sekarang ini harapan saya hanya satu, izinkan saya menjaga isteri saya yang sangat saya cintai hingga Allah memanggil salah satu diantara kita. Kalau pun dia dipanggil lebih dulu, saya bertekad untuk tetap mencintainya dan tidak akan menikah lagi. Isteri saya adalah cinta dunia dan akhirat saya. Kalau Allah mengizinkan kami masuk surga, Insya Allah, saya menginginkan ia jadi Bidadari saya di Surga”

“Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya hanya dapat bercerita kepada Allah di atas sajadah..dan saya yakin hanya kepada Allah saya percaya untuk menyimpan dan mendengar rahasia saya…”BAHWA CINTA SAYA KEPADA ISTERI, SAYA SERAHKAN SEPENUHNYA KEPADA ALLAH”.

Jawapan Pak Suyatno itu membuatkan ramai yang mendengarnya turut menangis.

Rasa cinta yang dalam kepada isterinya, membuat Pak Suyatno tetap kuat merawat dan mendampingi isterinya yang lumpuh hingga 25 tahun berlalu. Dalam waktu yang lama itu, tak sekalipun terdetik di hatinya untuk meninggalkannya, apalagi mencari isteri lagi.

Sungguh sangat sukar menemui seorang suami seperti Pak Suyatno, yang betul-betul bagai anugerah bagi isterinya yang dalam penderitaan panjang. Teladan yang sangat baik bagi semua lelaki di manapun berada. Semoga Allah SWT. selalu melimpahkan rahmatNya kepada Pak Suyatno dan keluarganya. Amiin.

nota: Kisah ini menjadi salah satu kisah inspirasi buat Eko Pratomo yang memiliki isteri berpenyakit lupus lebih 20 tahun. Moga turut menjadi inspirasi buat pasangan suami isteri yang membaca kisah ini.

Sumber: diyanaar.com/thevocket.com