Monday, December 23, 2013
Hari yang memenatkan....
Friday, December 20, 2013
Cara Jadi Lelaki Romantis
Jika anda sudah bosan kerana di labelkan sebagai lelaki yang kurang romantik, anda patut membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang romantik. Oh ya, tips ini boleh diamalkan oleh mereka yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin.
Anda juga boleh mencuba membaca tips yang pernah kami tulis - 10 Idea Romantis Untuk Anda Dan Si Dia. 25 Tips Untuk Menjadi Lelaki Romantik :
1 Peka dengan tarikh-tarikh penting
Kebiasannya si lelaki amatlah memandang remeh akan tarikh-tarikh penting ini berbanding wanita. Sila ‘set’kan tarikh-tarikh penting seperti hari jadi si dia dan ulangtahun perkahwinan anda agar anda tidak melupakan hari-hari penting ini.
2 Berikan kejutan untuk si dia
Sekali-sekala berikanlah kejutan kepada pasangan anda. Mungkin anda boleh tunjukkan skill memasak anda di dapur atau majlis hari jadi kecil-kecilan. Cukup untuk membuatkan si dia berasa bahagia dan terharu dengan sikap romantik yang anda cuba tunjukkan kepadanya.
3 Selalu memberi pujian
Wanita suka dipuji. Sekeras mana pun hati wanita pasti akan cair lebih-lebih lagi jika anda memujinya sambil memegang erat tangannya dan memandang tepat ke dalam anak matanya. Mesti si dia cair!
4 Berikan layanan istimewa
Tidak salah sekiranya anda memberikan layanan istimewa kepada si dia seperti membuka pintu kereta sewaktu menghantar si dia pulang.
5 Pujuklah si dia ketika si dia merajuk
Si dia merajuk sebab hanya mahukan perhatian daripada anda. Oleh itu, cubalah pujuk ketika si dia merajuk. Gunakan nada yang lemah-lembut. Katakan bahawa anda memohon maaf jika anda ada melakukan kesalahan.
6 Berpimpin tangan ketika berjalan
Pimpinlah tangan si dia ketika berjalan berdua agar si dia merasa sentiasa selamat ketika berada di samping anda. Tak kiralah walaupun anda sekarang dah berkahwin dan sudah mempunyai anak 3 orang. Apa salahnya berpimpin tangan dengan si dia yang sudah pun menjadi isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda
7 Membawa si dia ke tempat-tempat yang romantic
Apa salahnya sebulan sekali bawa si dia ke tempat-tempat yang romantik disamping dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Anda boleh membawa si dia ke candle light dinner ataupun bercuti di di pusat peranginan di dalam negara. Mungkin di Pulau Perhentian. Ianya akan menjadi momen yang akan dikenang sampai bila-bila antara anda berdua.
8 Kirimkan jambangan bunga kepada si dia
Wanita amat menyukai bunga. Apa kata anda pergi ke kedai bunga dan belilah bunga kesukaan si dia dan kirimkan bunga itu ke pejabat tanpa pengetahuannya. Pasti si dia akan berasa terharu dengan bunga yang anda berikan.Dan rakan-rakan sepejabat si dia pastinya tidak habis-habis memuji sikap romantik anda. Mungkin ada di antara rakan sepejabatnya dengki dengan si dia sebab memiliki seseorang yang romantik seperti anda
9 Pandang ke mata si dia setiap kali bercakap
Pandanglah tepat ke mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Wanita selalunya tidak mampu untuk menahan godaan dari lelaki yang dia sayang. Pandangan tepat anda pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda hari-hari.
10 Berikan senyuman manis dan menggoda
Seperti lelaki, wanita juga mudah cair apabila melihat senyuman yang paling manis daripada anda. Cuba berikan senyuman yang manis dan menggoda. Pasti si dia tidak dapat melupakan senyuman anda itu.
11 Memakai pakaian yang sedondon
Biasanya, kita akan lihat sesebuah keluarga itu berpakaian sedondong menjelang hari raya. Namun, idea ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tidak semestinya perlu memakai corak yang sama. Cukup jika memakai warna yang sama. Barulah orang pandang nampak sweet bila anda berdua berjalan bersama.
12 Ucapkan sayang dan cinta kepada si dia
Si lelaki memang berat mulut untuk mengucapkan lafaz cinta dan rindu kepada wanita. Ini biasanya disebabkan ego mereka yang tinggi. Apa salahnya ucapkan kata-kata cinta dan rindu setiap hari kepada si dia. Kata-kata cinta anda dapat membuatkan hati si dia berbunga-bunga.
13 Belikan hadiah untuk si dia setiap kali outstation
Jangan lupa untuk membeli hadiah kepada si dia setiap kali anda keluar outstation. Tidak perlu membeli hadiah yang mahal-mahal. Ini menunjukkan anda sentiasa mengingatinya walaupun anda sibuk dengan urusan kerja di luar.
14 Panggillah si dia dengan nama yang manja dan lembut
Panggillah si dia dengan nama panggilan yang romantik – sayang,baby ataupun honey berbanding memanggil si dia menggunakan nama. Ini dapat membezakan bahawa si dia adalah orang yang amat penting dalam hidup anda.
15 Kirimkan sms cinta kepada si dia
Ambil masa seketika dan kirimkan sms cinta kepada si dia. Katakan anda amat menyintai dan menyayangi si dia sepenuh hati anda. Pasti si dia akan berasa terharu selepas membaca sms anda itu.
Dan jangan lupa sms si dia setiap kali sebelum tidur. Biarkan si dia tidur bersama-sama dengan ayat-ayat cinta dari anda.
16 Tunjukkan bakat kesenian anda
Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada si dia. Atau mungkin anda berbakat dalam bidang muzik. Anda boleh bermain gitar sambil menyanyikan lagu tema percintaan anda berdua kepada si dia.Oh ya, wanita menyukai lelaki yang mempunyai bakat dalam kesenian terutamanya muzik. Kata mereka, lelaki jenis ini lebih romantik
17 Sentiasa berikan perhatian kepada si dia
Jangan tidak hiraukan dia. Sentiasa beri sepenuh perhatian pada si dia terutama ketika anda bersama dengan rakan-rakan anda. Sebab kebiasannya, apabila anda melepak dengan rakan-rakan anda, si dia pasti akan terasa diri diabaikan.
18 Jadilah penyokong setia di belakang
Sokonglah setiap idea dan cadangan si dia. Jika anda kurang bersetuju, mungkin anda boleh memberikan pendapat anda. Si dia pun mahu dengarkan pendapat anda. Bukannya kata-kata yang boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat si dia.
19 Fahami dan peka dengan perasaan si dia
Sentiasa memahami dan sensitif dengan kehendak si dia. Elakkan daripada membuat lawak bodoh terutamanya ketika si dia sedang datang bulan. Silap-silap anda pun akan dimakinya.
20 Jadilah pendengar yang baik dan setia
Ketika si dia mengalami masalah dan tekanan, ketika inilah si dia amat-amat memerlukan seseorang disampingnya terutama anda. Jadilah pendengar yang setia. Berikan solusi dan sokongan kepada si dia.
21 Jadilah seorang yang bersikap matang dan tenang
Kata wanita, lelaki yang sentiasa bersikap tenang dan matang dalam setiap perkara dan situasi adalah seorang lelaki yang romantik dalam perhubungan? Betulkah?Memang tidak dinafikan. Jika anda bersikap sedimikian, si dia pasti berasa yakin dan selamat sewaktu berdamping dengan anda.
22 Mengambil berat keadaan si dia
Tanyakan khabar si dia ketika sakit dan bantulah si dia ketika si dia dalam kesusahan. Si dia pasti akan mengingati sikap anda yang baik hati dan caring.
Jikalau anda nak nampak lebih romantik, belikan ubat dan berikan kepada si dia.Dan tinggalkan pesanan supaya memakan ubat mengikut jam yang ditetapkan doktor.
23 Menolong si dia membuat kerja-kerja rumah
Bagi yang dah berkahwin pula, anda boleh membantu si dia di dapur, mengemas rumah ataupun menjaga anak. Kata orang tua-tua, ringan sama dijinjing, berat pula sama dipikul. Barulah rumahtangga aman damai.
24 Peluk dan ciumlah si dia selalu
Ehem-ehem! Tips ini hanya sesuai dipraktikkan oleh mereka yang sudah berkahwin. Yang belum berkahwin jangan nak mengada-ngada ek.Setiap kali sebelum keluar rumah untuk pergi bekerja, peluklah si dia dan berikan si dia ciuman di bibir sebagai tanda kasih dan sayang anda. Jangan pula anda berikan pelukan dan ciuman yang bernafsu.
25 Jadilah seorang yang menghiburkan
Hiburkanlah hati si dia dengan lawak-lawak anda ataupun cerita-cerita yang tidak membosankan. Biarkan si dia sentiasa berasa gembira dan tidak bosan sewaktu keluar bersama mahupun berbual dengan anda. Tidak perlulah anda perlu ke funfair ataupun menonton wayang untuk berhibur.
Sunday, December 15, 2013
Apa kata Imigresen......Perkahwinan Rakyat Malaysia dengan Warganegara asing....
Perkahwinan Rakyat Malaysia Dengan Warganegara Asing
Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia.
Selain syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi. (Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin). Prosedur yang berlainan ini juga bergantung kepada situasi warga tersebut.
Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
- Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan)
- Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon
- Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia
- Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya)
- Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami)
- Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir)
- Salinan Sijil Kursus Perkahwinan
Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin. Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.
Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan. Sekiranya bakal isteri adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan.
Pemohon juga mestilah mengemukakan salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk, Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen. Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.
Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.
Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut. Pindaan Peraturan Imigresen yang tidak mendiskriminasi terhadap wanita Malaysia yang berkahwin dengan rakyat asing mulai 1 September 2001:
Lelaki warganegara asing yang berkahwin dengan wanita Malaysia dibenarkan memperbaharui pas lawatan sosial secara tahunan (annual basis).
Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut. Pindaan Peraturan Imigresen yang tidak mendiskriminasi terhadap wanita Malaysia yang berkahwin dengan rakyat asing mulai 1 September 2001:
Lelaki warganegara asing yang berkahwin dengan wanita Malaysia dibenarkan memperbaharui pas lawatan sosial secara tahunan (annual basis).
Wanita warganegara asing yang bercerai atau berpisah dari suami rakyat Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan pas lawatan sosial secara tahunan (annual basis).
Pendaftaran Perkahwinan Dan Pengupacaraan Perkahwinan Di Luar Negara
Perkahwinan bagi rakyat Malaysia diluar negara boleh didaftarkan jika salah seorang pasangan mestilah warganegara Malaysia. Pendaftaran perkahwinan perlu dibuat dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh perkahwinan. Alamat dan nombor telefon Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara boleh didapati melalui laman web Kementerian Luar Negeri dibawah topik “Perwakilan Malaysia Di Luar Negeri”.
Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama adalah :
- Pasport untuk kedua-dua pasangan (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan
- Surat Nikah
- Bukti Perkahwinan (spt. Gambar perkahwinan atau kad undangan, jika ada)
- Dua orang saksi yang menyaksikan perkahwinan tersebut.
- Pendaftaran akan diproses oleh Perwakilan Malaysia dan dua (2) salinan Sijil Perkahwinan Malaysia (asal dan salinan) akan dikeluarkan kepada pasangan berkenaan.
Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, pengupacaraan perkahwinan boleh dilakukan oleh Pegawai Konsul yang telah dilantik oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Surat perakuan bujang/duda/janda (bagi kedua-dua belah pihak) adalah diperlukan bagi tujuan tersebut.
* Nota : Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing harus mendaftarkan status perkahwinan mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setelah perkahwinan mereka selesai supaya anak mereka mendapat status kewarganegaraan.
Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia
Saturday, November 16, 2013
Kes Poligami - Apa yang perlu dilakukan oleh pasangan yang baru berkawin di luar negara setelah pulang ke Malaysia
Mendaftarkan pernikahan yang dijalankan di luar negara (Thai) adalah perlu sekembali pasangan ke Malaysia. Jika pasangan dari Selangor, perkahwinan tersebut hendaklah didaftarkan di Selangor. Urusan pertama sudah tentulah di Pejabat JAIS. Pasangan perlu mendaftarkan pernikahan tersebut dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pasangan kembali ke Malaysia. Jika berlaku perlanggaran undang-undang, pendaftaran nikah tidak akan dilaksanakan di peringkat pendaftar perkahwinan. Pasangan perlu ke Mahkamah Syariah untuk menentukan samada pernikahan tersebut sah atau sebaliknya.
Jika sah, mahkamah akan mengeluarkan perintah untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di pejabat Pendaftar Nikah Cerai Rujuk di JAIS. Bagaimanapun, pendaftaran tersebut adalah tertakluk kepada pendakwaan terlebih dahulu jika telah berlaku perlangaran undang-undang keluarga Islam di negeri berkenaan.
Untuk makluman, keizinan isteri sedia ada bagi perkahwinan melibatkan poligami bukanlah satu kemestian. Keizinan isteri bukanlah faktor penentu kejayaan berpoligami. Mahkamah ada kalanya menolak untuk memberi kebenaran berpoligami walaupun isteri sedia ada telah memberi persetujuannya. Mahkamah sebenarnya mempunyai pelbagai perkara dan aspek yang perlu dilihat dan dipertimbangkan. Tidak ada makna isteri izinkan suaminya berpoligami jika sekiranya tindakan berpoligami itu akan membawa mudarat dan kesusahan besar kepada suami, isteri sedia ada, anak-anak dan juga bakal isteri kedua. Justeru, haru difahami sekali lagi bahawa keizinan isteri bukan satu kemestian dalam permohionan berpoligami. Bukanlah satu kesalahan di sisi undang-undang jika perkahwinan poligami itu dijalankan tanpa keizinan isteri sedia ada. Apa yang sebenarnya perlu diketahui ialah, si suami perlu mendapatkan kebenaran berpoligami di Mahkamah Syariah.
Mengenai persoalan bilakah sebenarnya suatu tuntutan nafkah samada nafkah isteri atau anak dan juga tuntutan harta sepencarian boleh dikemukakan, hal ini perlu difahami. Jika nafkah tersebut dituntut oleh isteri sedia ada ke atas suami, ia boleh dituntut bila-bila masa saja. Ini kerana mereka ada pasangan suami isteri yang sah di samping pernikahan mereka juga telah didaftarkan.
Bagi isteri baru, samada kedua, ketiga atau keempat, isteri-isteri berkenaan boleh menuntut nafkah ke atas suami hanya apabila pernikahan mereka telah didaftarkan di JAIS. Salah satu dokumen penting untuk menuntut nafkah ke atas suami adalah sijil nikah atau sijil cerai jika pasangan tersebut sudah bercerai. Selagi nikah tersebut belum didaftarkan, selagi itulah pasangan tersebut sukar membuat sebarang tuntutan ke atas suami yang meliputi nafkah isteri, anak, harta sepencarian dan lain-lain yang berkaitan.
Secara asasnya, pernikahan tersebut mestilah didaftarkan terlebih dahulu di hadapan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk. Setelah didaftarkan, sijil nikah diperolehi, baharulah pihak isteri atau suami boleh mengemukakan tuntutan terhadap pihak yang satu lagi di Mahkamah Syariah. Oleh itu, pastikan ada sijil nikah terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang tuntutan di Mahkamah Syariah.
Perlu juga dimaklumi bahawa tuntutan harta sepencarian isteri sedia ada terhadap suami boleh dikemukan di mahkamah semasa prosiding atau pendengaran kes mendapatkan kebenaran berpoligami oleh suami di mahkamah syariah. penentuan harta dan kadar milikan ke atas harta pasangan sedia ada boleh ditentukan terus oleh mahkamah dalam kes poligami.Lazimnya, persetujuan dapat dicapai antara isteri sedia ada dengan suaminya. Suami lazimnya tidak banyak karenah. Boleh jadi bagi suami, yang penting jangan sampai hasratnya untuk berpoligami tertanggu lantaran desakan atau tuntutan harta sepencarian dan nafkah dari isteri.
Wallahu a’lam.
Apabila usia 40 tahun...
"
Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.
Oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man,
Assalamu’alaikum,
Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini. Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh)
2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun)
3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun)
4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati)
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at fourty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati"
http://silverheritage.blogspot.com/
Lain-Lain Artikel yg menarik
1. sungai kembali muncul di tanah arab
2. Hijrah Nabi SAW dari Makkah ke Madinah"
................................
Sunday, November 10, 2013
Bersalah kerna kawin tanpa kebenaran pendaftar nikah? Apa kata undang-undang berhubung dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan..
ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004
BAHAGIAN IV – PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 40. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan
(1) Seseorang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan-
(a) tanpa ada kebenaran berkahwin sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 19; atau
(b) di hadapan selain di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai di samping orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu,adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.
(2) Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akadnikah atau yang menjalani sesuatu cara akadnikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.
Bernikah Tanpa Kebenaran Pendfatar nikah?......Kawin di Siam?...Kawin Lari?....
Masih ada lagi orang yang
ingin tahu bagaimana caranya untuk berkahwin di luar negara
terutamanya di negeri Thailand.Kebanyakkannya tidak mahu menggunakan
khidmat agen kerana mereka tidak pasti samada agen itu betul-betul
dapat berikan khidmat yang terbaik dan juga kerana alasan takut
ditipu.
Bagi yang ingin tahu, saya
sedia membantu. Hantarlah email kepada saya dan isnha allah melalui
pengalaman yang saya lalui sendiri, sedikit- sebanyak saya dapat
berkongsi pengalaman saya bersama anda . Saya sudah banyak menerima
email dan ada alhamdulillah, mereka telah berjaya melakukannya dengan
izin Allah swt jua.
Kes kawin luar negara tanpa
kebenaran pendaftar nikah memang banyak berlaku terutamanya di negeri
Selangor. Untuk menyelesaikan satu-satu kes tu kadang-kadang
mengambil masa berbulan-bulan lamaya.Kita tidak boleh buat
perbandingan kes kita dengan kes orang lain . Misalnya, seorang
teruna menikahi seorang dara tanpa persetujuan wali.Akad nikah
dilakukan di Siam. Di mahkamah rendah syariah nanti, hukuman akan
dijatuhkan bersebab fakta yag dikemukakan oleh pasangan yang bernikah
tersebut. Mahkamah akan mengambil kira semua fakta yang dinyatakan di
mahkamah kelak.Hakim kemudian atas kebijaksanaanya, akan membuat
keputusan untuk menghukum.Denda akan dikenakan.Pasangan kemudian akan
diminta untuk bayar denda dengan kadar segera untuk megelakkan dari
di penjara.
Kes pasangan berpoligami
tidak sama dengan kes pasangan yang baru ingin bernikah.Kes poligami
melibatkan kos yang lebih tinggi kerana kebanyakkan pasangan akan
mengupah Peguam untuk bertindak bagi pihak mereka di mahkamah kelak.
Kes poligami ambil masa yang lebih panjang dari kes biasa.
Bersambung....
Subscribe to:
Posts (Atom)