Tuesday, March 8, 2011

Hisablah diri kamu....

Suatu perkara yang wajar dilakukan oleh seorang yang mengaku dirinya sebagai hamba Allah swt, ialah sentiasa menilai dan memuhasabah diri sebagai charger kehidupan. Ini selaras dengan kata-kata Saidina Umar :

 حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا وزنوا أعمالكم قبل أن توزنوا"

Hisablah (muhasabahlah) diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang"
 

Monday, March 7, 2011

Takut tidur di atas tilam empuk..

Sudah hampir 6 tahun aku tidur di atas lantai .Tempat tidurku adalah  adalah sekeping lemek nipis dan 2 biji bantal.Sudah berapa kali aku diajak tidur diatas katil dengan beralaskan tilam empuk dan selimut tebal.Namun aku menolaknya .Kenapa aku berbuat demikian.Aku ada alasan yang tersendiri.Alasan aku adalah kerna aku takut nanti  aku terlalu sedap tidur hingga payah untuk aku bangun melakukan solat tahajjud dan solat subuh.Alangkah ruginya dan berdosa aku rasakan jika aku terlajak waktu kerna tidur dengan enak dibuai mimpi.Sehingga sekarang aku cuba elakkan diriku dari tidur di atas katil beralaskan tilam.Bukannya aku tidak suka tidur di atas katil tapi aku sendiri tak yakin dengan diriku sendiri.Lebih baik saja aku ambil langkah berjaga-jaga. Aku bersyukur kepada Allah swt kerna aku masih diberi kesempatan dapat bangun awal subuh dengan izinNya untuk menunaikan kewajipanku beribadat kepada Allah,Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung, yang memilikki langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya.Allahu Akbar!

Saturday, March 5, 2011

Pindah Rumah Lagi

Hari Selasa yang lalu,aku balik kampung bersama Maryam dan papa Maryam.Tiba di Pulau Pinang pukul 7 malam,sempat makan malam di Restoran Hammedia.Esuk pagi,kami bertiga bersarapan di gerai nasi kandar,Kg Melayu.Lepas tu kami ke Baling,Kedah untuk mengambil Hana daripada sekolah.Mulai hari ini,Hana tidak lagi bersekolah di sana.InsyaAllah,Hana akan kembali ke Shah Alam dan tinggal bersama keluarga dan juga bersekolah di sana.Tujuan aku balik ke Pulau Pinang,pertama untuk ambil Hana pulang ke Shah Alam,kedua untuk berpindah.Kontrak aku dengan pemilik rumah flat tu hanya setakat 5 haribulan Mac sahaja.
Selama 3 hari berturut-turut aku mengemas barang-barang rumah.Penat tak terkata,lenguh sendi dan tulang semuanya terasa sengal,akibat mengangkat barang-barang turun naik tangga berulang kali.Akhirnya,alhamdulillah,selesai sudah urusan perpindahan yang entah masuk ke berapa kali,aku pun tak ingat dah ,sebab dah banyak kali aku berpindah-randah.Kali ini aku tidak pindah masuk ke rumah sewa tetapi kali ini aku berpindah masuk ke rumah keluarga aku sendiri.Bekas suamiku sungguh baik hati membenarkan aku tinggal bersama-sama dengan anak-anakku di rumahnya di Shah Alam.Semuga Allah membalas budi baiknya ke atas diriku yang serba daif dan serba kekurangan ini,ameen.Alhamdulillah,aku diterima dengan baik oleh ahli keluargaku dan juga ahli keluarga bekas suamiku.Mudah-mudahan aku dapat menafaatkan kehadiranku ke rumah ini dengan izin Allah aku dapat melakukan amar makruf dan nahi munkar,ingat-mengingati di antara satu sama lain tentang keesaan dan kekuasaan Allah swt yang Maha Besar lagi Maha Tinggi.

Sunday, February 27, 2011

Hari Demi Hari Berlalu..

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Mac 2011.Bagi aku  awal tahun 2011, banyak pengalaman pahit dan getir   sudah aku tempuhi, menjadikan aku insyaAllah insan yang lebih tabah dan sabar mengharungi kehidupan duniawi yang semakin hari semakin mencabar,kehidupan sekarang yang aku lalui ini dipenuhi dengan onak dan duri,pelbagai rintangan dan dugaan.Hari demi hari berlalu...

Di awal tahun ini juga,tanpa aku sedari, aku sudah kembali kepangkuan keluargaku yang amat ku sayangi yakni kembali kepada kehidupan anak-anakku yang sudah hampir 6 tahun aku tinggalkan.Cumanya sekarang aku hidup kesaorangan tanpa ditemani oleh suamiku yang amat kukasihi dan aku rindui.Ada masanya aku mahu saja menghabiskan sisa-sisa hidupku bersama mereka sehingga ke akhir hayatku, tetapi ada masanya pula hati aku ini   teringin untuk bersama suamiku yang nun jauh beribu-ribu batu.Hanya Allah swt yang tahu betapa aku amat menyanyangi anak-anakku dan juga suamiku,tak ada bezanya,sama berat aku rasa bebannya.Hari demi hari berlalu....

Ketika dan saat ini, aku amat memerlukan belaian dan kasih-sayang seorang lelaki yang bergelar suami.Aku terpaksa mengharungi kehidupan duniawiku tanpa kehadirannya disisi.Aku mengangkat kedua belah tanganku memohon doa pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang semuga aku ditemukan kembali dengannya di dalam keadaan yang lebih baik daripada sekarang.Semuga Allah swt meluaskan kurniaNya kepada dia dan aku.Aku amat berharap Ya Allah dengan pertolonganMu.Hari demi hari berlalu...

Hanya kepadaMu sahajalah aku sembah dan kepadaMu sahajalah aku memohon pertolongan,ameen.

Hari demi hari berlalu, hanya Allah swt jua yang tahu kesudahannya....InsyaAllah, aku akan tetap setia  menunggumu walaupun hari demi hari berlalu...

(c) Travel-Images.com - Stock Photography agency - the Global Image Bank

Thursday, February 24, 2011

Ganjaran Untuk Isteri yang Solehah

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Wednesday, February 23, 2011

Kejar Dunia hingga lupa Aqirat

Banyak orang bila terlalu sibuk dengan hal-hal dunia,maka dengan sengaja atau tidak sengaja dia akan mula lupa pada hari aqirat.Mulalah bagi alasan sibuk kerja tak sempat solat,sibuk urus rumahtangga tak sempat nak talipon apatah lagi jenguk orang tua di kampung.Semua nak cepat dan tergesa-gesa,akhirnya kerugian juga kerna apa yang dikejar tak dapat,apa yang dikendung berciciran.

Kenapa manusia tak mau sibuk hal-hal aqirat juga?Kenikmatan dunia hanya dikecapi buat sementera waktu sahaja walhal aqirat buat selama-lamanya.Baik akan dibalas dengan kebaikan dan jahat tentunya akan dibalas dengan kejahatan juga.Allah swt Maha Pengasih dan Maha Pemurah,Maha Pengampun pada hamba-hambnya yang mau bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus yakni jalan yang diredai ole Allah swt.Muhasabahlah diri kita setiap hari..lihatlah pada diri kita samada disayangi Allah atau pun dibenci Allah.Cukupkah bekalan kita ke aqirat nanti? Kalau kita kata kita beriman kepada Allah,Rasul,Kitab2,malaikat dan hari aqirat ataupun hari pembalasan,tentu sekali kita akan dengan sendirinya akan rasa takut untuk melakukan dosa kerana setiap perbuatan baik dan buruk pastinya akan dikira dan dihitung satu persatu di padang mahsyar nanti.Allah sudah berjanji,semuanya ini pasti terjadi...Bila akan terjadi...Allahu'alam

Rajin-rajinlah  baca al-quran dan hayati maknanya dan jadikanlah al-quran sebagai panduan dan pedoman hidup kita setiap waktu.Mudah-mudahan kita akan mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt dan mendapat kebahagiaan hidup yang baik di dunia dan juga di aqirat.