Thursday, February 17, 2011

FARDU KIFAYAH DALAM ISLAM

Islamic Society: Women Praying from the What are the 5 Pillars of Islam image gallery
Masyarakat Islam khususnya di Malaysia sering dikemukakan dengan persoalan fardu ain dan fardu kifayah. Tetapi ramai antara kita barangkali tidak begitu jelas tentang perbezaan kedua-dua istilah tersebut. Kita juga sering gagal membezakan sesuatu itu fardu ain atau fardu kifayah. Untuk menghindarkan keliruan inilah kita perlu melihat kepada perbezaan garis pemisah  di antara kedua-dua konsep tersebut. Kegagalan memahaminya menyebabkan individu Muslim sering menganggap fardu ain itu sebagai fardu kifayah dan begitulah sebaliknya. Kesilapan seumpama ini menyebabkan terabainya sesetengah dari ajaran Islam untuk dihayati secara amali dalam kehidupan.

Menurut Ilmu Usul Fiqh, fardu ain atau dikenali juga dengan wajib ‘aini ditakrifkan sebagai perbuatan yang wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang mukallaf seperti sembahyang lima waktu dan sebagainya (A. Hanafi M.A., Usul Fiqh). Dari definasi tersebut dapatlah difahamkan bahawa fardu ain adalah pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam dalam keadaan individu Muslim itu cukup syarat-syaratnya seperti berakal, baligh dan sebagainya.

Seseorang Muslim yang meninggalkan kewajiban ini menyebabkan dia menanggung dosa besar di samping mengurangkan ciri-ciri kesempurnaan keislaman ke atas dirinya. Dalam erti kata yang lebih singkat, fardu ain adalah kewajiban bagi setiap individu Muslim.

Sementara itu fardu kifayah ditafsirkan sebagai “perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat beribadat, rumah sakit, menyembahyangkan mayat dan sebagainya(A. Hanafi M.A., Ibid).

Dengan lain-lain perkataan fardu kifayah adalah kefarduan yang wajib dikerjakan oleh seseorang atau satu kumpulan yang mewakili masyarakat Islam, sebuah daerah Islam, negeri ataupun negara. Apabila kefarduan itu telah disempurnakan, maka kewajiban tersebut menjadi gugur bagi seluruh anggota masyarakat yang terlibat

Dengan itu dapatlah ditegaskan bahawa fardu kifayah mempunyai ruang lingkup yang  luas yang melibatkan seluruh aspek hidup seperti soal-soal ekonomi, politik dan perundangan, termasuk soal ketenteraan dan lain-lain.

Di sini kita juga dapat melihat bahawa perbezaan yang ketara di antara dua kewajiban ini ialah fardu ain wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim yang mukallaf, manakala fardu kifayah hanyalah wajib dikerjakan oleh seseorang  atau sekumpulan orang sahaja.

Perbezaan yang lain adalah fardu ain merupakan kewajiban yang merupakan ibadat-ibadat yang khusus dan fardu kifayah pula adalah kerja-kerja yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan kenegaraan.

Dari huraian di atas dapatlah difahamkan bahawa fardu ain adalah kerja-kerja seorang Muslim yang lebih berhubungan dengan Khaliknya dan fardu kifayah pula bersifat kemaslahatan dan kepentingan umat Islam yang lebih berhubungan dengan makhluk di sekitarnya.

Kepentingan kedua-dua konsep tersebut terdapat dalam firman Allah yang bemaksud “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali mereka yang berhubungan dengan tali Allah dan tali daripada manusia” (Ali Imran 112), di mana tali Allah adalah hubungan peribadi yang bersifat fardu ain dengannya, sementara tali dari manusia adalah kerja-kerja yang bersifat fardu kifayah.

Kesempurnaan dan keindahan Islam tidak akan dapat dilihat jika kewajiban-kewajiban kifayah ini diabaikan oleh masyarakat Islam. Islam  sebagai ajaran yang syumul (menyeluruh) berdasarkan manhaj rabbani melibatkan proses pembinaan peribadi Muslim, keluarga dan umah Islam dan khalifah Islam yang bersifat international.  Dalam proses pembinaan individu Muslim misalnya, penglibatan anggota masyarakat sekitar adalah penting untuk melahirkan seorang Muslim yang baik kerana individu Muslim tidak dapat dibina tanpa kerjasama para guru, kaum ulama, masyarakat sekitar dan sebagainya yang melibatkan sistem pendidikan dan etika Islam yang dihayati secara langsung oleh sesebuah masyarakat.

Tingkah laku sosial seseorang umpamanya amat terpengaruh dengan suasana persekitaran. Keadaan sekeliling yang penuh dengan maksiat, pergaulan bebas ala Barat dan sebagainya, adalah amat menyimpang dari ajaran Islam.

Di sinilah perlu diwujudkan suasana yang bercorak Islam atau persekitaran yang selari dengan Islam jika kita ingin membentuk syaksiah Islamiah atau peribadi Muslim.

Dengan demikian kewujudan persekitaran yang bercorak Islam menjadi fardu kifayah ke atas sesebuah masyarakat Islam. Tanpa persekitaran yang seperti ini, usaha-usaha kearah pembentukan peribadi Muslim akan menemui kegagalan kerana memang tabiat manusia itu adalah amat dipengaruhi oleh suasana persekitarannya.

Usaha-usaha pembinaan peribadi Muslim adalah tahap pertama dalam merealisasikan cita-cita dan tujuan dari ajaran Islam yang syumul itu. Pembinaan peribadi Muslim mestilah diikuti dengan pembentukan keluarga Islam, ummah Islamiah, negara Islam, khalifah Islam dan seterusnya dunia  Islam.

Tanpa semuanya itu, Islam tidak akan dapat dilihat sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna. Apalagi dalam keadan sekarang ini umat Islam menjadi pelarian, rumah dan harta benda mereka dibakar, wanita-wanita mereka dizalimi dan bebagai-bagai lagi kekejaman akibat peperangan dan ekspoitasi ekonomi-politik.

Negara-negara umat Islam pula tidak mempunyai sebarang kekuatan, seluruh keperluan mereka bergantung kepada negara-negara blok Barat dan Timur, khususnya negara-negara kapitalis dan sosialis, terutama dalam bidang ekonomi, persenjataan, pendidikan, kepakaran dan sebagainya.

Seperti yang telah disebutkan, kewajiban yang bercorak kifayah itu gugur apabila telah ada seorang atau sekumpulan orang yang menunaikannya secara sempurna. Proses pelaksanaan yang belum mencapai tahap kesempurnaan menyebabkan kelompok masyarakat yang berkenaan masih dianggap berdosa.

Contohnya apabila dua atau tiga orang yang menguruskan jenazah dengan tidak mengikut syarat dan rukun-rukunnya, maka anggota masyarakat yang lain masih dikira berdosa. Ibnu Thaimiyah menegaskan bahawa “sesungguhnya para fuqaha Islam pada keseluruhannya berpendapat tentang pertukangan dan perusahaan seperti bertenun, pembinaan bangunan dan sebagainya adalah merupakan fardu kifayah.”

Dalam menunaikan tanggungjawab dakwah seperti menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran, Islam mengarahkan supaya perkara tersebut wajib dilakukan oleh sekumpulan orang-orang Islam. Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan (Ali Imran: 104)

Prof Dr. Yusuf Al Qardawy dalam kitab Al-Hillul Islami telah menggariskan bidang-bidang yang perlu digarap dan ditangani oleh umat Islam sama ada pihak pemerintah maupun rakyat dalam proses mengembalikan semula kebangkitan umat Islam seluruhnya untuk menghayati sistem yang sesuai dengan cita-cita Islam. Bidang-bidang yang dimaksudkan ialah bidang-bidang kerohanian dan akhlak, pendidikan dan kebudayaan, kemasyarakatan, ekonomi, ketenteraan, politik dan perundangan.

Tanpa memperincikan perkara-perkara yang telah digariskan itu, kita masih dapat melihat di mana keperluan-keperluan yang merangkumi bidang yang berperanan dalam masyarakat Islam bermula dari individu hinggalah sampai ke peringkat negara yang sekiranya benar-benar beroperasi secara yang dikehendaki merupakan sumbangan terbesar terhadap kelansungan umat Islam itu sendiri.

Keperluan tersebut dapat dibahagikan kepada beberapa tahap atau peringkat seperti peringkat kampung, daerah, negeri, negara dan peringkat internasional.

Dari pemaparan ini, kita melihat bahawa keperluan untuk mewujudkan sebuah wilayah Islam yang bermula dari pembentukan individu sehinggalah dunia Islam antarabangsa masih terlalu jauh dari realiti. Satu proses perubahan yang menyeluruh perlu dilakukan untuk mencapai dan menjamin terwujudnya perkara-perkara di atas, sehingga Islam dapat menjadi satu kuasa yang besar dan dihormati.

Di sini harapan tersebut tidak akan tercapai sekiranya umat Islam masih lagi memandang ringan terhadap kepentingan fardu kifayah. Umat Islam sewajibnya memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap kefarduan ini. Tanpa tumpuan yang bersungguh-sungguh terhadap aspek ini, idealisme Islam tidak akan tercapai dan ia akan hanya menjadi satu utopia sepertimana yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam.             

AlKundangi,
Februari,2001.  

Al Fatihah buat Mak Bah yang dikasihi..

Inna lillah hiwaiina ilai hirojiun.Seesungguhnya daripada allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali.Pagi tadi,aku telah ke rumah ahli keluarga papa Maryam.Ada kematian di sana.Jenazah selamat di kebumikan selepas solat Zuhur.Aku sangat bersyukur kepada Allah swt kerna diberi kesempatan untuk sama-sama memandikan mayat jenazah dan menkafankannya.Setelah itu,aku dan jemaah yang lain yang berada di dalam masjid tersebut menunaikan solat zuhur dan sejurus kemudian menunaikan pula solat janazah 4 rakaat.Ramai orang tidak tahu betapa besarnya fadilat solat janazah.Rata-rata hanya kaum adam sahaja yang melakukan solah jenazah ,tetapi tadi ada lebih kurang 20 muslimah sama-sama berdiri di belakang melakukan solat janazah.Bagaimana caranya kita solat janazah?

Hayatilah video ini dan mudah-mudahan kita dapat menafaatkaannya untuk kemaslahatan ummah

Wednesday, February 16, 2011

Perubatan Tradisional V Perubatan Moden

Batuk dan sakit tekak.Banyak minum air batu atau pun terkena jangkitan virus daripada orang lain?Aku rasa puncanya datang daripada kedua-duanya,terlalu banyak minum air batu dan juga terkena jangkitan virus.Nak telan air liur pun perit rasanya. Dah tahu puncanya,sekarang ini nak cari jalan menyelesaikan masalah ini.Pertama,berhenti minum air batu ganti dengan air suam.Kedua,kena cari penawar.Apakah penawar yang paling baik untuk menghilangkan sakit tekak dan batuk.Ada orang kata minum air asam jawa dicampur dengan gula batu.Itu cara melayu. Cara india pun ada juga petuanya,ambil segenggam biji ketumbar,digoreng tanpa minyak untuk beberapa minit.Kemudian tuangkan 5 gelas air dan didihkan selama 15 minit.Minum air rebusan ketumbar 3 kali sehari.Aku pernah mencubanya untuk menghilangkan demam selesema dan alhamdulillah ternyata berkesan.Bukan nak kata ubat doktor tak bagus,tapi aku lebih suka kepada perubatan tradisional.Ada juga orang yang berubat menggunakan kaedah perubatan secara ghaib.Kenapa dikatakan ghaib? Ghaib sebabnya pengamal ilmu perubatan tersebut seakan-akan menggayakan sesuatu aksi .Contohnya,sipesakit  diminta berbaring diatas katil,kemudian pengamal tersebut akan datang duduk disebelah pesakit dan menyoalnya apa penyakit yang dihadapinya.Jika sakit dibahagian perut,pengamal akan melakukan pembedahan secara ghaib di atas perut pesakit.Kita akan nampak seolah-olah pengamal sedang memotong perut pesakit ,meyeluk ke dalam perut tadi dan mengeluarkan sesuatu daripada perut pesakit.Kemudian,dia seolah-olah menutup kembali perut pesakit dan kita akan nampak seperti pengamal sedang menjahit pesakit tadi.Pelik tapi itulah yang aku nampak tempuh hari,dimana aku telah dibawa oleh ahli keluargaku ke tempat tersebut.Ramai pesakit yang datang, jauh dan dekat.Bayaran  bagi setiap pesakit mengikut penyakit yang dialaminya. Contohnya jika berkaitan jantung dan buah pinggang ,harganya lebih tinggi berbanding sakit migrain atau sakit kaki.Bagi aku,perubatan ghaib ini sukar untuk aku percayai,namun inilah rahmat Allah kepada hamba-hambanya.Semua penyakit ada penawarnya selain mati.Allahu'alam

Tuesday, February 15, 2011

Relaks Sekejap.....Take 5

A QUICK LAUGH FOR 5 MINS 







Teacher: History is a very interesting subject. It tells you about what had happened in the past.
Student: Please teacher, I don't think I want to study history.
Teacher: Why?
Student: There is no future in it.
 






Teacher : Ted, if your father has $10 and you ask him for $6, how much would your father still have?
Ted : $10.
Teacher : You don't know maths.
Ted : You don't know my father!
 






Mother : David, come here.
David : Yes, mum?
Mother : You really disappoint me. Your results are getting worse.
David : But I will only get my report book tomorrow.
Mother : I know that. But I am going to 
Hong Kong tomorrow, so I am scolding you now. 






Father : Why did you fail your mathematics test?
Son : On Monday, teacher said 3+5=8
Father : So?
Son : On Tuesday, she said 4+4=8 And on Wednesday, she said 6+2=8. If she can't make up her mind, how do I know the right answer?
 






A mother and son were doing dishes while the father and daughter were watching TV in the living room. Suddenly, there was a loud crash of breaking plates, then complete silence. The daughter turned to look at her father.
Daughter : It's mummy!
Father : How do you know?
Daughter : She didn't say anything.
 






Girl: Do you love me?
Boy: Yes Dear
Girl: Would you die for me?
Boy: No, mine is undying love
 






Man: How old is your father?
Boy: As old as me
Man: How can that be?
Boy: He became a father only when I was born
 






Waiter: I've stewed liver, boiled tongue and frog's leg.
Customer: Don't tell me your problems. Give me the menu card.
 






Teacher : Simon, your composition on 'My Dog' is exactly the same as your brother's. Did u copy his?
Simon : No, teacher, it's the same dog!
 






Father : Your teacher says she finds it impossible to teach you anything!
Son : That's why I say she's no good!
 






Teacher: 'Where were u born?'
Student: ' 
Singapore , Sir.'
Teacher: 'Which part?'
Student: 'All of me, Sir.'
 






A teacher was asking her class: 'What is the difference between 'unlawful' and 'illegal'?'
Only one hand shot up.
'Ok, answer, Joan' said the teacher.
''unlawful' is when u do something the law doesn't allow and 'illegal' is a sick eagle.'
 






Teacher: 'How come you do not comb your hair?'
Ah Kow: 'No comb, Sir.'
Teacher: 'Use your dad's then.'
Ah Kow: 'No hair, Sir.'
 






A boy came home from school with his exam results.
'What did u get?' asked his father.
'My marks are under water,' said the boy.
'What do u mean 'under water'?'
'They are all below 'C' (sea) level'
 






Well, that's the end of the jokes. Hope you had a good laugh! Do send it to all your friends and family so that they will have a good laugh too. :D
Have a nice day!

Hadis Abu Hurairah

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi wanita muslim musafir dalam suatu perjalanan melainkan bersama-samanya seorang lelaki mahramnya.
(Riwayat Muslim, #2386) 


Tell a friend.....10 things that we waste in our lives

Ten Things We Waste
 
Tell a Friend
 
1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it

2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.

3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).

4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.

5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.

6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.

7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.

8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.

9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa.

10. Our Dhikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not effect us or our hearts.

Lessons from Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah
 
 

The Prophet's birthday--Accept or reject??

Mawlid al-Nabi (the Prophet’s birthday)
Why some people accept and some unaccept the celebration of the prophet ( )? What is your opinion?
Praise be to Allaah.
There is nothing in the Qur’aan to say that we should celebrate the Mawlid or birthday of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him). The Prophet himself (peace and blessings of Allaah be upon him) did not do this or command anyone to do it, either during his lifetime or after his death. Indeed, he told them not to exaggerate about him as the Christians had exaggerated about Jesus (upon whom be peace). He said: “Do not exaggerate about me as the Christians exaggerated about the son of Maryam. I am only a slave, so say, ‘The slave of Allaah and His Messenger.’” (Reported by al-Bukhaari). What has been reported is that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) made the day of his birth a day of worship, which is different to celebration. He was asked about fasting on Mondays, and he said: “That is the day on which I was born and the day on which I was entrusted with the Mission or when I was first given Revelation.” (Reported by Muslim, al-Nisaa’i and Abu Dawood).
Moreover, we know that the Sahaabah (may Allaah be pleased with them) were the people who loved the Prophet most. Was it reported that Abu Bakr, who was the closest of people to him and the one who loved him the most, celebrated the birthday of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him)? Was it reported that ‘Umar, who ruled for twelve years, or ‘Uthmaan, did this? Was it reported that ‘Ali, his relative and foster son, did this? Was it reported that any of the Sahaabah did this? No, by Allaah! Is it because they were not aware of its importance, or did they not truly love the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him)? No one would say such a thing except one who has gone astray and is leading others astray.
Did any of the imaams – Abu Haneefah, Maalik, al-Shaafi’i, Ahmad, al-Hasan al-Basri, Ibn Seereen – do this or command others to do it or say that it was good? By Allaah, no! It was not even mentioned during the first and best three centuries. The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said in a saheeh hadeeth: “The best of mankind are my generation (or my century), then those who come after them, then those who come after them. Then there will come a people who will not care if their testimony comes before their oath or vice versa (i.e., they will not take such matter seriously).” (Reported by al-Bukhaari, Muslim and al-Tirmidhi). The celebration of the Prophet’s birthday appeared many centuries later, when many of the features of true religion had vanished and bid’ah had become widespread.
Thus this celebration became a sign of one’s love for the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him)? But can it be possible that the Sahaabah, the imaams and the people of the best three centuries were unaware of it, and it was only those who came later who were aware of its importance?! What the Qur’aan tells us is that love of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) is demonstrated by following the guidance he brought. Allaah says (interpretation of the meaning):
“Say (O Muhammad): ‘If you (really) love Allaah, then follow me, Allah will love you and forgive you your sins. And Allaah is Oft-Forgiving, Most Merciful.
Say: ‘Obey Allaah and the Messenger.’ But if they turn away, then Allaah does not like the disbelievers.” [Aal ‘Imraan 3:31-32]
The first aayah explains that love is just a claim, but the proof of sincerity is following what the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) brought. The second aayah reaffirms the importance and necessity of obeying Allaah and His Messenger. Hence Allaah ended the aayah with a very stern warning in which those who refuse to obey are described as kaafirs, and Allah does not love the disbelievers. We ask Allaah to keep us safe from that. The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) told us of the danger of not obeying him, and the danger of adding to what he brought. The celebration of Mawlid or his birthday is indeed an addition to what he brought – as all the scholars agree. He said: “The best of speech is the Book of Allaah, and the best of guidance is the guidance of Muhammad. The most evil of things are those which are newly-invented (in religion), and every innovation is a going astray.” (Reported by Muslim and al-Nisaa’i).
We ask Allaah to protect us from bid’ah and to bless us by helping us to follow. Allaah knows best. May Allaah bless our Prophet Muhammad.
Islam Q&A
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid