Hari ini adalah tarikh hari lahirku. Anak-anakku masih ingat tarikh ini. Diadakan surprise party untukku. alhamdulillah, aku sangat teruja. Semuga baki sisa-sia hidupku ini dapat aku abadikan untuk banyak beribadah kepadaMu ya Allah dan melakukan amal soleh,.Ameen
Wednesday, December 9, 2015
Tuesday, December 1, 2015
Hari yang penuh kesedihan...
Di pagi hari ini, aku dikejutkan dengan berita kematian yakni seseeorang yang amat ku kenali malah aku menganggapnya sebahagian daripada keluargaku sendiri.Aki telah membesar bersama-sama anak-anakku sejak dari kecil lagi sehingga sekarang masih menjadi sahabat karib anak lelaki aku yang sebaya umurnya. Hari ini , Aki telah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Aki telah mengalami pendarahan dalaman yang teruk akibat kemalangan kereta yang dipandunya sendiri.Mungkin Aki tidak dapat mengawal keretanya lalu menghentam lori yang sedang parking dibahu jalan. Kereta Aki terperosok dibawah lori dan terbakar.Aki tersepit didalam kereta. Mujur Aki dapat dikeluarkan dan terus dihantar ke hospital HTAR namun disahkan meninggal dunia sejurus itu.
Dadaku sebak, air mata jatuh bercucuran mengenangkan Aki yang kini telah tiada ......Aki selalu sahaja berada dirumah familiku tidak kira masa. keluar masuk rumah tanpa segan silu. Anak-anakku sudah lali dengan Aki.Aki datang untuk cari Na9 ...sekarang Aki dah tiada. Na9 kesepian. Na9 mengangis. Anis juga menangis.
Aku berdoa ke hadrat Ilahi agar Aki diampunkan segala dosa-dosanya dan tenang di alam sana..Semuga Allah ketemukan Aki dengan kita semua...Ameen.

Subscribe to:
Posts (Atom)