Marilah kita belajar memahami tiga istilah ini
Tiga istilah itu ialah abai, cuai dan lalai
Ada orang mengabaikan agama,
ada orang mencuaikan agama,
ada orang lalai beragama,
.Apakah erti mengabaikan agama?
Mengabaikan agama tidak melaksanakan ibadah dan syariat,
Tidak fikir halal dan haram,
Tidak faham rukun iman, tidak faham rukun Islam,
tidak faham apakah itu ihsan,
Sekalipun dia mengaku Islam,
dia tidak mempedulikan agama,
Islamnya hanya keturunan,
mungkin ibu dan bapanya Islam,
Atau mungkin juga dia tahu sedikit sebanyak mengenai Islam,
Kerana pengaruh dunia dia tidak mengerjakannya,
Itulah dia erti mengabaikan agama.
Apakah erti cuai?
Cuai ini agak baik sedikit,
Seseorang itu mengerjakan agama,
tapi apabila sempat sahaja,
Jika tidak sempat ditinggalkan sahaja,
Atau waktu ada mood dibuat, waktu tidak ada mood ditinggalkannya,
Mungkin dikerjakan juga agama di waktu lapang,
tidak sibuk, di waktu sibuk atau sakit ditinggalkan pula,
Ada orang di waktu senang dikerjakan,
di waktu susah ditinggalkan,
Termasuk cuai sebahagian ajaran Islam dikerjakan,
dan sebahagian lagi ditinggalkan,
Itulah dia erti cuai beragama.
Apa erti lalai?
Erti lalai, syariat-syariat lahir semuanya dikerjakan,
Orang ramai lihat dia beragama,
dan taat orangnya dengan Tuhan,
Tapi ibadahnya tidak dihayati,
bahkan setengah bacaan-bacaannya tidak pun difahami,
Tidak difahami apakah tuntutan ayat-ayat,
dan bacaannya yang diucapkan di dalam ibadahnya,
Termasuk juga lalai, ibadah lahirnya,
tidak boleh dipersoalkan, lengkap tidak diabaikan,
Namun takut dengan Tuhan tidak ada,
Begitu juga cintakan Tuhan tidak ada di dalam jiwanya,
Rasa kehambaannya tidak ada di dalam perasaannya,
Kerana tertipu dengan ibadah lahirnya,
tidak terasa lagi berdosa,
Hatinya rasa selamat kerana ibadahnya,
Adakalanya dia jadi sombong,
dan megah dengan ibadahnya,
Itulah dia di antara gambaran orang yang lalai,
Orang yang beribadah begini, tidak ada nur di mukanya,
Adakalanya orang boleh benci melihatnya,
padahal dia ahli ibadah,
Dia termasuk orang yang tertipu di dalam ibadahnya,
Orang yang bertaqwa itu ialah tidak mengabaikan,
tidak cuai dan tidak lalai dengan agamanya,